NICOL David tidak
menghadapi masalah untuk menyingkirkan Jenny Duncalf pada suku akhir Terbuka
Hong Kong, semalam.
KUALA LUMPUR - Selepas
mengharungi aksi mencemaskan ketika mengetepikan Camille Serme pada pusingan
kedua kelmarin, Datuk Nicol David akhirnya menyerlahkan reputasi sebagai pemain
No. 1 dunia apabila mudah menundukkan pilihan kelima, Jenny Duncalf dari
England untuk mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong, semalam.
Turun dengan misi memburu
kejuaraan kelapan berturut-turut, Nicol hanya memerlukan 30 minit untuk
menyingkirkan Duncalf 11-4, 11-3, 11-3, sekali gus mengukuhkan kedudukan
sebagai pilihan utama untuk mempertahankan gelaran.
Ratu skuasy negara itu
kini akan berdepan rakan senegara Duncalf yang juga pilihan keempat kejohanan,
Alison Waters dalam pemburuan tiket ke akhir.
Waters mara selepas
dipaksa bertarung sengit ketika menumpaskan pemain India, Joshana Chinappa
12-14, 11-7, 11-3, 11-6.
Nicol, 30, tidak pernah
melepaskan kejuaraan sejak muncul juara buat kali pertama pada 2006. Dia
kemudian mempertahankan gelaran pada 2007, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012.
RUJUKAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131207/su_10/Nicol-terus-kebal#ixzz2mkK6D1o8
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment