Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my
Hamidin Mohd. Amin (kiri)
memberi amanat terakhir kepada skuad Harimau Muda yang bakal menggalas cabaran
pada Sukan SEA Myanmar dalam majlis meraikan pemain di Petaling Jaya, semalam.
- UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
PETALING JAYA - Pertemuan
dengan kelab Jepun, FC Ryukyu kelmarin mungkin membantu Malaysia menguji
kekuatan menjelang Sukan SEA minggu depan, namun ia juga memaksa skuad Harimau
Muda membayar harga tinggi selepas pemain sayap lincah, Wan Zaharulnizam Wan
Zakaria menjadi bintang terbaharu yang tidak dapat dibawa oleh Datuk Ong Kim
Swee ke Myanmar akibat kecederaan.
Kemenangan 3-1 ke atas Ryukyu
akhirnya memberi gambaran jelas buat pengendali Harimau Muda, Kim Swee untuk
membariskan 20 pemain yang bakal menggalas misi berat memburu kejuaraan hatrik
Sukan SEA.
Namun, Kim Swee turut mengakui,
keputusan untuk melengkapkan barisan pemain bukan satu tugas mudah kerana
beliau perlu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Wan Zaharulnizam atau
lebih dikenali sebagai Kecik.
Saya ingin memaklumkan bahawa
Wan Zaharulnizam tidak berada dalam senarai kerana mengalami kecederaan ketika
aksi persahabatan menentang FC Ryukyu. Dia memerlukan masa dua atau empat
minggu untuk pulih.
Sungguh pun pemain yang ada
kurang daripada segi pengalaman berbanding skuad pada Sukan SEA dua tahun
lepas, namun saya dapat lihat pasukan kali ini penuh dengan semangat juang
tinggi.
Itulah kekuatan yang kami
mahukan sebelum berlepas ke Myanmar nanti," katanya dalam sidang akhbar
bersama Harimau Muda A dan skuad wanita di sini, semalam.Selain Wan
Zaharulnizam, skuad bawah 23 tahun negara juga akan meneruskan misi
mempertahankan emas buat kali ketiga berturut-turut tanpa Nik Shahrul Azim
Abdul Halim, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Syahrul Azwari Ibrahim yang mengalami
kecederaan. Skuad Harimau Muda akan berlepas ke Myanmar esok.
Sementara itu, Wan Zaharulnizam
mengakui, dia akur dengan keputusan yang dibuat jurulatih dan yakin rakan-rakan
yang terpilih mampu melaksanakan tugas dengan baik.Saya terima keputusan ini
seadanya selain perlu sedar bahawa kecederaan ini memerlukan masa yang lama
untuk pulih.Tiada perasaan iri hati pada kawan-kawan yang terpilih ke Sukan SEA
sebaliknya saya doakan kejayaan mereka di sana," katanya.
Kesemua 20 pemain yang
disenaraikan adalah dalam kalangan terbaik daripada 30 yang dipanggil menjalani
latihan sebelum ini.Kempen Malaysia untuk memburu kejuaraan hatrik Sukan SEA
bermula dengan menentang Brunei dalam aksi pembukaan Kumpulan A pada 10
Disember.Mereka akan menentang Laos pada 13 Disember, diikuti Singapura (15
Disember) dan Vietnam, 17 Disember. Jika ke separuh akhir, mereka perlu beraksi
pada 19 Disember, diikuti final pada 21 Disember.Turut hadir, Setiausaha Agung
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin.
RUJUKAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131206/su_01/Harimau-Muda-tempang#ixzz2mdxhHFsM
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment