13 Disember 2013
Hoki Remaja Dunia: Rekod
lalu bukan jaminan
KUALA LUMPUR - Skuad hoki
remaja Malaysia gagal meneruskan aksi cemerlang apabila tewas 1-3 kepada
Perancis dalam penentuan pukulan penalti pada perlawanan separuh akhir Hoki
Remaja Piala Dunia 2013 di Stadium Nasional Major Dhyan Chand di New Delhi,
India.
Penalti itu dilakukan
setelah Malaysia dan Perancis terikat dengan jaringan 1-1 sehingga tamat
perlawanan.
Skuad negara bermula amat
baik apabila memperoleh gol seawal minit keempat menerusi jaringan padang Azri
Hassan.
Namun skuad muda negara
tidak dapat mengekalkan momentum apabila sering diasak pemain Perancis, yang
memperoleh gol penyamaan menerusi jaringan gol padang Jean-Laurent Kieffer pada
minit ke-63.
Jaringan penalti Perancis
dihasilkan oleh Simon Martin Brisac, Gaspard Baumgarten dan Hugo Genestet yang
menewaskan penjaga gawang Malaysia Hazrul Sobri.
Malaysia menjaringkan gol
menerusi Faiz Helmi Jali. - Bernama
RUJUKAN: SINAR HARIAN
ONLINE 14.12.13
No comments:
Post a Comment