YANGON - Dangerous Lee
melakukan jaringan hatrik bagi membantu skuad hoki lelaki negara membenam
Thailand 13-0 pada perlawanan kedua pusingan awal pada temasya Sukan SEA ke-27
di Stadium Hoki Theinphyu di sini
hari ini.
Malaysia, selaku juara
bertahan, mengulangi jaringan sama pada perlawanan pembukaan menentang Vietnam
semalam.
Walaupun standard skuad
bimbingan Tai Beng Hai jauh lebih tinggi berbanding Thailand namun pemain tidak
mengambil mudah dengan mendahului 7-0 pada separuh masa.
Lee melakukan jaringan hatrik
bermula minit ke-18, 26' dan 48' manakala tiga pemain masing-masing melakukan
dua jaringan.
Ahmad Kazamirul Nasruddin
Jamaluddin menjaringkan gol pada minit ke-19 dan 67', Azammi Adabi (26', 38')
dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-58 dan 65'.
Penjaring lain ialah Amin Rahim
(16'), Azreen Rizal Nasir (17'), Dedy Aryadi Jumaidi (33') dan Muhammad Abdul
Azwa Abdul Rahman pada minit ke-34.
Kapten pasukan Mohd Sharun
Nabil Abdullah berkata pasukannya mempamerkan kekuatan sebenar dalam setiap
perlawanan dan tidak memandang rendah dengan kebolehan pasukan lawan.
"Walaupun pasukan negara
mempunyai standard kita sendiri, kita tidak boleh memandang rendah kemampuan
pasukan lawan, kita bermain dengan kekuatan sebenar untuk meraih pingat emas di
sini.
"Kita tidak boleh terlalu
yakin kerana prestasi di sini kena jaga, itu matlamat kita," katanya
kepada pemberita.Skuad hoki lelaki akan menentang Singapura Rabu ini sebelum
melengkapkan jadual pusingan awal menentang Myanmar pada hari berikutnya. -
Bernama
RUJUKAN : SINAR HARIAN ONLINE
16.12.13
No comments:
Post a Comment