NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
15 Disember 2013
Chong Wei
JAGUH perseorangan negara,
Datuk Lee Chong Wei membuktikan bahawa beliau masih sukar digugat apabila
berjaya merangkul kejuaraan buat kali keempat pada Kejohanan Badminton Siri
Super Master Akhir 2013, hari ini.
Kejayaan itu hadir selepas
Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia hanya mengambil masa 32 minit
untuk menewaskan pemain Indonesia, Tommy Sugarto 21-10 dan 21-12 di Stadium
Badminton Kuala Lumpur, Cheras.
Sebelum ini, Chong Wei
menjuarai Siri Super Akhir sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2008, 2009 dan
2010.
Kemenangan ini juga adalah
kejuaraan ketujuh buat Chong Wei pada tahun ini selepas menjuarai Terbuka
Korea, Terbuka Malaysia, Terbuka India, Terbuka Indonesia, Terbuka Jepun dan
Terbuka Hong Kong.
RUJUKAN : SINAR HARIAN ONLINE
16.12.13
No comments:
Post a Comment