Ad

Monday, 16 December 2013

TAKRAW: Pengurus mengamuk!

Nay Pyi Taw: Skuad sepak takraw terus mencetus kontroversi apabila pengurusnya cuba menyerang wartawan di Stadium Tertutup Wunna Theikdi semalam.

Penolong Pengarang Sukan Berita Harian Hussain Said cuba diserang pengurus pasukan sepak takraw negara Zamry Fareed Moh Norden ketika cuba mendapatkan komen ketua jurulatih Jamaluddin Hassan.


Insiden itu berlaku dalam bilik atlet ketika Jamaluddin dan Zamry, yang juga Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Sembilan (PESTANS) makan tengah hari bersama.



Zamry cuba menumbuk Hussain kerana tidak puas hati dengan laporannya beberapa hari lalu dan menjerit dengan perkataan “fitnah“ namun dileraikan jurulatih Nordin Sabaruddin.


Beberapa minit kemudian, Zamry cuba sekali lagi menyerang di salah satu pintu masuk ke gelanggang pertandingan ketika Hussain bersama Nordin.


Presiden Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) Ahmad Khawari Isa kesal dengan insiden itu dan akan meminta penjelasan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Kami memandang serius jika insiden ini benar berlaku kerana sepatutnya pegawai tahu peranan media melaporkan perkembangan terkini atlet negara.


“Selama ini pengamal media tidak pernah mengalami masalah dengan pegawai dalam kontinjen sendiri ketika melaksanakan tugas pada temasya besar seperti Sukan SEA, Asia, Komanwel mahupun Olimpik.

“Jika ada salah faham sekalipun, pegawai perlu sentiasa bersikap profesional dan menghormati tugas wartawan,” jelas Khawari.


Minggu lalu, wartawan Malaysia tidak dibenarkan membuat laporan sesi latihan skuad karate negara.


HMETRO ONLINE : 2013/12/17

No comments:

Post a Comment