Oleh ZAZALI JAMIAN-sukan@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - "Inilah
skuad hoki Malaysia pada masa akan datang."
Itu reaksi bekas pemain
kebangsaan yang pernah memenangi tempat keempat pada Piala Dunia Remaja 1979,
Wallace Tan berhubung kecemerlangan skuad hoki remaja negara di pentas
antarabangsa.
Kata Wallace, keupayaan pasukan
remaja meraih tempat keempat selepas 31 tahun pada Piala Dunia Remaja 2013
menjadi bukti mereka mampu membawa nama Malaysia ke tahap yang lebih tinggi
apabila bersama skuad senior.
Malah, bekas jurulatih
kebangsaan itu percaya kesemua pemain yang berada dalam skuad remaja wajar
diberikan perhatian serius oleh jurulatih skuad kebangsaan, Paul Revington.
"Bukan mudah untuk
mengulangi pencapaian 31 tahun lalu tetapi mereka (skuad remaja kebangsaan)
berjaya melakukannya dengan baik.
"Bagi saya apabila dapat
meraih tempat keempat ia adalah satu kejayaan besar buat Malaysia selain
membuktikan peningkatan positif dalam sukan hoki negara," katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia, di sini, semalam.
Kali pertama skuad hoki remaja
meraih tempat keempat Piala Dunia Remaja ialah pada 1979 dan selepas itu turut
meraih keputusan sama pada 1982.
Kejayaan skuad hoki remaja
kebangsaan meraih keputusan tersebut pada Piala Dunia Remaja 2013 membolehkan
Malaysia memperbaiki ranking daripada ke-12 dunia kepada keempat dunia.
Sementara itu, Wallace turut
menasihatkan pemain remaja yang sedia ada kini jangan mudah terlalu selesa
dengan kejayaan dimiliki selain perlu berusaha mencapai lebih banyak
kecemerlangan untuk negara.
"Pemain perlu terus
belajar dalam sukan hoki ini kerana masih ada banyak lagi cabaran yang bakal
mereka tempuh pada masa akan datang.
"Saya juga gembira dengan
pencapaian skuad remaja selain berharap mereka mampu kekal cemerlang untuk
negara," kata Wallace.
RUJUKAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131217/su_04/Inilah-skuad-Malaysia-masa-depan---Wallace#ixzz2ngUHe9Iu
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment