Nay Pyi Taw: Jurulatih Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee yang menyambut hari
lahir ke-43 semalam, terpaksa menunggu 10 hari lagi untuk menuntut hadiah
paling berharga daripada anak buahnya iaitu pingat emas hatrik Sukan SEA pada
final di Stadium Zeyar Thiri, 21 Disember ini.
Justeru, hari istimewanya semalam dimanfaatkan oleh Kim Swee untuk
merencanakan perancangan teliti bagi memastikan skuad B-23 negara berjaya
meraih kemenangan kedua bertemu Laos di Stadium Zeyar Thiri, petang esok.
Pada perlawanan pertama skuad bimbingannya berjaya menundukkan Brunei 2-0
menerusi jaringan Rozaimi Abd Rahman dan Ashri Chuchu, kelmarin.
Untuk pertemuan kedua itu, Kim Swee membayangkan untuk melakukan sedikit
rombakan terutama di posisi tengah dan serangan.
Gagal kawal
No comments:
Post a Comment