2013/12/12 - 05:46:44 AM Oleh Mohd Fitrie Muhamad dan Faizul Azlan Razak
Kuala Lumpur: Dua pasukan Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu menerima
khabar gembira apabila kemelut status Nazri Ahmad dan Mohd Norfarhan Mohamad
akhirnya dapat diselesaikan secara baik tanpa perlu campur tangan Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM).
Di kem The Red Warriors, Nazri akhirnya dibenarkan mewakili pasukan itu
musim depan selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerima surat rasmi
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang bersetuju melepaskan bekas tonggak
Johor Darul Tazim (JDT) itu kekal bersama Kelantan.
Petang tadi (semalam) kita sudah terima surat daripada Selangor. Terima
kasih kepada FAS kerana memberikan kerjasama baik, kata Setiausaha Agung KAFA,
Azman Ibrahim ketika dihubungi semalam.
RUJUKAN: BERITA HARIAN ONLINE
No comments:
Post a Comment