KIM SWEE (tiga dari kiri)
berkemungkinan mengubah taktikal Harimau Muda pada aksi menentang Laos hari
ini.
NAY PYI TAW, Myanmar -
Pengendali skuad Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee tidak menolak kemungkinan
melakukan sedikit perubahan taktikal pada aksi kedua Kumpulan A menentang Laos
di Stadium Zeyyer Thiri petang ini.
Kim Swee berkata, Laos
merupakan sebuah pasukan yang sedang meningkat naik dan berdasarkan rekod
pertemuan kedua-dua pasukan sepanjang tahun ini, mereka mampu melakukan
kejutan.
"Sudah tentu ada sedikit
perubahan dari segi percaturan taktik. Seperti mana saya sebutkan selepas
perlawanan menentang Brunei tempoh hari, perubahan itu akan dilakukan dalam
beberapa aspek dan bukannya keseluruhan.
"Mungkin ada dua atau tiga
pemain yang tidak beraksi pada perlawanan menentang Brunei akan diberi peluang
untuk bermain kali ini.
"Sedikit perubahan akan
dilakukan di posisi tengah, serangand an sedikit di posisi pertahanan,"
kata Kim Swe selepas sesi latihan di Wunna Theikdi semalam.
Laos ada kelebihan tersendiri
terutamanya memiliki pemain yang mempunyai skil individu yang tinggi dan mereka
mampu melakukan larian yang pantas dan serangan balas yang berbahaya.
Kim Swee berkata, benteng
pertahanan Harimau Muda perlu merantai pemain yang memakai jersi No. 9 iaitu
Sopha Saysnana yang dikeluarkan lebih awal ketika pasukan itu mengikat
Singapura 1-1 pada aksi pembukaan, Ahad lalu.
"Pemain yang memakai jersi
No. 9 itu cukup berbahaya. Dia dikeluarkan awal pada perlawanan menentang
Singapura selepas pemain No. 5 (Saison Khounsamnan) dilayangkan kad merah
tempoh hari.
"Selain itu, pemain-pemain
negara juga perlu berhati-hati dengan beberapa lagi pemain yang cukup pantas
dan berbahaya.
"Meskipun kami sudah
beberapa kali bertemu Loas tahun ini, saya tidak mahu terlalu yakin bahawa saya
mengetahui 100 peratus corak permainan mereka. Apa yang penting, mereka harus
bermain mengikut segala perancangan," kata Kim Swee.
RUJUKAN : KOSMO ONLINE
13.12.2013
No comments:
Post a Comment