Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my
PETALING JAYA - Pengendali
Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee dan bekas jurulatih Jepun, Philippe
Troussier (gambar) menjadi calon utama dikaitkan untuk mengisi kekosongan Datuk
K. Rajagobal sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya.
Malah Setiausaha Agung
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin turut mengakui,
beliau akan mengadakan pertemuan dengan Troussier selain tidak menolak
kemungkinan memilih calon tempatan.
Sungguhpun Hamidin tidak
menyatakan secara terus siapa calon yang bakal dipilih FAM namun kenyataan
tersebut menguatkan spekulasi bahawa Kim Swee dan Troussier adalah tumpuan
utama badan induk itu bagi menggantikan Rajagobal yang bakal tamat kontraknya
hujung bulan ini.
Hamidin berkata, pihaknya
kini bersikap terbuka dalam membuat pilihan sekiranya mendapati calon yang
sesuai tidak kira jurulatih tempatan atau sebaliknya mampu mengalas tugas
dengan baik.
Malah Hamidin turut
memberitahu, calon yang akan dipilih adalah untuk jangka masa panjang dan
bukannya sekadar tangkap
muat.
Kita belum membuat keputusan lagi siapa yang akan menjadi
jurulatih Harimau Malaya bagi tahun depan dan calon yang ada masih lagi dalam
penilaian.
Malah kami sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan
jurulatih sekiranya mendapati ia berbaloi untuk masa depan skuad
kebangsaan," katanya selepas majlis bersama skuad Harimau Muda A, di sini,
semalam.
Sebelum ini FAM dilaporkan
berminat untuk mendapatkan khidmat jurulatih asing selain dikhabarkan semakin
hampir menandatangani Troussier untuk melatih skuad kebangsaan pada tahun
depan.
Selain pernah membimbing
skuad Blue Samurai, Troussier,58, juga pernah membimbing skuad kebangsaan lain
seperti Nigeria, Qatar dan Maghribi.
Troussier kini melatih
kelab China, Shenzhen Ruby sejak 2011, selain pernah melatih kelab terkenal
Perancis, Marseille.
Kim Swee, yang membawa
Malaysia mempertahankan emas Sukan SEA di Indonesia diberi tugas sebagai
jurulatih sementara.
Sementara itu, Hamidin
berkata, siapa yang layak membimbing Harimau Malaya hanya akan diketahui,
Januari depan.
Segala keputusan berhubung jurulatih Harimau Malaya akan
berjawab selepas Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
selesai menilai setiap calon-calon yang bakal dilantik.Memang Troussier adalah
antara calon. Yang pasti, FAM tidak terburu-buru dalam membuat pemilihan,"
ujarnya lagi.
RUJUKAN:http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131206/su_03/Kim-Swee-vs-Troussier#ixzz2me35NYHp
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment