Oleh MUHAMMAD AMINNURALIFF ZOKI
pengarang@utusan.com.my
Muka hadapan komik yang
bertajuk Isa Al Masih Kalimatullah yang mengandungi karikatur Nabi Isa.
SHAH ALAM 17 Dis. - Kebimbangan
masyarakat Islam terhadap penyalahgunaan kalimah Allah di samping terdapat
agenda tersembunyi di sebaliknya ternyata benar apabila satu gerakan penyebaran
agama bukan Islam secara terbuka dikesan di bandar raya ini.
Modus operandinya bukan lagi
tersembunyi malah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan lelaki dan wanita di
sekitar bandar raya dengan menjadikan kawasan tumpuan remaja dan pelajar
sebagai sasaran mereka.
Kumpulan terbabit yang
dipercayai diketuai oleh seorang lelaki yang mendakwa warga Amerika Syarikat
(AS) serta fasih berbahasa Melayu dan beberapa orang lelaki serta wanita
tempatan dipercayai dari Sabah bergerak mendekati golongan muda di kawasan ini
minggu lalu.
Difahamkan kegiatan itu sudah
bergerak aktif sejak awal tahun ini dan mereka bergerak secara berkumpulan
untuk melaksanakan tujuan berkenaan.
Kebenaran mengenai kegiatan itu
terbongkar apabila wartawan Utusan Malaysia sendiri didekati oleh kumpulan
berkenaan minggu lalu dengan membawakan penerangan mengenai beberapa konsep
dalam ajaran agama tersebut seperti pengampunan dosa, syurga dan neraka.
Kaedah yang diguna pakai oleh
kumpulan ini agak licik kerana mereka terlebih dahulu cuba bermesra dengan
kelompok sasaran sebelum membawa kepada perbualan yang lebih lanjut.
Selain itu, kumpulan berkenaan
turut memberikan beberapa buah buku tafsiran yang menerangkan mengenai kejadian
Nabi Isa menurut kepercayaan agama tersebut. Buku-buku yang diberi itu juga
mengandungi kalimah Allah yang tertera dalam isi kandungannya.
Tanpa sebarang rasa bersalah,
kumpulan itu menjadikan Melayu dan Islam sebagai sasaran.
Sedangkan tindakan itu
menyalahi dari segi perundangan kerana sebarang penyebaran agama bukan Islam
kepada orang Islam adalah dilarang sama sekali di negara ini berdasarkan
Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988
Berdasarkan perbualan dengan
salah seorang ahli kumpulan itu, mereka dikatakan berada di sekitar kawasan
i-City di sini untuk melakukan kegiatan itu.
Bagi menarik perhatian golongan
muda, kumpulan tersebut juga mengedarkan sebuah komik berunsur agama tersebut
secara percuma kepada sasaran yang ditemui.
Komik yang memaparkan mengenai
kisah hidup Nabi Isa yang secara tidak langsung bercanggah dengan al-Quran turut
mengandungi ilustrasi kisah kehidupan dan kewujudan Nabi Isa yang dilakarkan
dalam bentuk kartun.
Muka hadapan komik itu tidak
mencatatkan sumber penerbitannya namun ditulis perkataan Artikel 11
Perlembagaan Persekutuan. Penceritaan dalam komik dengan ilustrasi mengenai
agama bukan Islam itu dikhuatiri dapat menjejaskan kepercayaan serta akidah
umat Islam.
Selain itu, kumpulan tersebut
juga menyebarkan beberapa buah buku tafsir sebuah kitab yang tertera kalimah
Allah di dalamnya.
Isi kandungan dalam buku itu
mengandungi kalimah Allah yang tertera dalam setiap penerangan yang diberikan.
RUJUKAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131218/dn_02/Penyebaran-agama-bukan-Islam-dikesan#ixzz2nm9Ma1Mt
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment