JURULATIH yang berasal dari
Australia, Ronald Smith diberi kepercayaan untuk mengendali skuad Pahang musim
depan menggantikan tempat Dollah Salleh yang akan berhijrah ke PDRM.
Smith pernah melatih pasukan
Sabah.
Penolong Pengurus Persatuan
Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Zainal Abidin Hassan pula akan menjadi
penolong jurulatih. Zainal berkata, pemain import dari Argentina, Matias Ruben
Conti yang menjaringkan gol kemenangan Pahang untuk menjulang Piala Malaysia
musim ini akan kekal menyarung jersi Tok Gajah.
Selain itu, katanya, penyerang
Kelantan, Dickson Nwakaeme yang dikatakan bakal beraksi untuk sebuah kelab di
Perancis tetapi memilih untuk bermain dengan Pahang. Beliau berkata, dua lagi
slot pemain import akan diisi Damion Delano Stewart dan Zeshan Rehman yang juga
bekas pemain Fulham dan Queens Park Rangers (QPR) dalam Liga Inggeris. Zainal
berkata hanya dua pemain Pahang yang telah berhijrah iaitu pemain tengah Mohd
Hazuan Mohd Daud yang mengikuti jejak Dollah dan penjaga gol Rosfaizul Azuar
yang mewakili Kuantan FA. - Bernama
No comments:
Post a Comment