SEPAK TAKRAW: Jamaluddin kecam
persembahan buruk tekong
Nay Pyi Taw: Usahkan pingat
perak, pingat gangsa belum tentu berada dalam genggaman skuad sepak takraw
lelaki negara.
Skuad negara mengalami dua
kekalahan semalam dan lebih memilukan 1-2 di tangan tuan rumah Myanmar selepas
kecundang 0-3 kepada juara bertahan Thailand pada sesi pagi.Malaysia kini mesti menundukkan
Indonesia 3-0 pada perlawanan terakhir hari ini jika mahu merebut pingat.
Jika Myanmar kalah 0-3 kepada
Thailand, ada kemungkinan kiraan semula dilakukan dan Malaysia berpeluang
meraih Perak atau gangsa.
Di Palembang dua tahun lalu,
Malaysia memenangi gangsa berpasukan lelaki.
Ia juga kekalahan kedua
Malaysia dalam acara berpasukan lelaki kepada Myanmar dalam sejarah Sukan SEA
selepas 1999 di Brunei.
Kekalahan skuad negara kepada
tuan rumah lebih banyak disebabkan kesilapan tekong yang memberi banyak mata
percuma kepada lawan apabila servis sering tersangkut di jaring atau terkeluar.
“Saya terkilan kerana kelemahan
tekong kita termasuk yang berpengalaman menjadi punca utama kekalahan hari ini.
Tekong gagal membantu meraih mata apabila sering melakukan kesilapan.
“Jika tekong tidak banyak
melakukan kesilapan, keputusan mungkin tidak seburuk ini,” kata ketua jurulatih
negara Jamaluddin Hassan.
Malaysia menurunkan regu Syahmi
Husin (tekong), Norshahruddin Mad Ghani dan Farhana Adam sebagai regu pertama
menentang trio Myanmar yang dibarisi Aung Myo Swe, Zaw Zaw Aung dan Kyaw Soe
Win dan mereka tumpas 18-21, 21-18 dan 9-21.
Regu kedua Fazil Asri (tekong),
Hanafiah Dolah dan Syareenqamar Salehan gagal menyelamatkan nasib skuad negara
selepas tunduk 21-15, 14-21, 11-21 kepada Yazar Tun, Thant Zin Oo dan Si Thu
Lin.
Satu-satunya kemenangan
diperoleh menerusi regu ketiga Izurin Refin (tekong), Kamal Alfiza Shafie dan
Muqlis Borhan yang mengatasi regu lawan 21-14, 21-14.
RUJUKAN : HARIAN METRO ONLINE 2013/12/13
No comments:
Post a Comment