NAY PYI TAW 18 Dis. - Sukan
terjun yang mensasarkan untuk menyapu bersih pingat emas pada Sukan SEA 2013
memulakan kempen mereka dengan merangkul emas pertama yang ditawarkan menerusi
Cheong Jun Hoong dalam acara 3 meter papan anjal di Pusat Akuatik Wunna
Theikdi, hari ini.
Malah, kehebatan Malaysia dalam
acara terjun tidak mampu disangkal apabila rakan senegaranya, Wendy Ng
memastikan kontinjen negara menutup cabaran dengan keputusan 1-2 apabila
menghadiahkan perak.
Jun Hoong mengutip 327.15 mata,
manakala Wendy dengan 323.10 mata. - UTUSAN ONLINE
RUJUKAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131218/su_12/Sukan-SEA-Myanmar-Terjun-mulakan-hari-dengan-emas#ixzz2nqj4KhPP
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment