Ad

Sunday, 15 December 2013

United kalahkan Villa, kejar jurang pendahulu liga

pemain Aston Villa, Matthew Lowton (kiri) mengasak pemain Manchester United, Wayne Rooney dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Villa Park, Birmingham, semalam. United menang 3-0. - REUTERS
LONDON - Manchester United kembali meraih kemenangan selepas menundukkan Aston Villa 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris, semalam.

United yang tewas dua kali berturut-turut kepada Everton dan Newcastle sebelum ini menyebabkan kelab itu ketinggalan jauh dengan pendahulu liga, Arsenal.

Semalam, dua gol Danny Welback pada minit ke-15 dan ke-18 membolehkan United menguasai perlawanan di tempat lawan sebelum menambah satu lagi gol hasil jaringan Tom Cleverley minit ke-52.

Kemenangan tersebut membolehkan United mengurangkan jurang perbezaan mata dengan pendahulu liga Arsenal kepada 10 mata.

Malah, kemenangan itu turut melegakan pengurus United, David Moyes yang dihimpit kebimbangan berhubung prestasi pasukannya berikutan gagal meraih tiga mata penuh dalam empat perlawanan lalu.

Sementara itu, keputusan lain menyaksikan Norwich City dan Swansea City terikat 1-1. - AFP
RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20131216/sl_01/United-kalahkan-Villa-kejar-jurang-pendahulu-liga#ixzz2naOZIBMz

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment