DUNGUN 2 Okt. - Seorang atlet lumba basikal Terengganu, Mohamad Asmu'i Ali, 20, maut akibat cedera parah digilis van pengiring setelah terjatuh di Kilometer 71, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Batu Tiong, Pulau Serai di sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi, ketika mangsa bersama sekumpulan 16 lagi atlet dalam misi kayuhan latihan dari Kuala Terengganu menuju Kuantan sebelum menyertai kejohanan Sapura Kencana Criterium Series di litar Sepang, Ahad ini.
Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam Jurusan Sains Sukan itu yang mengalami cedera parah di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat sebelum dibawa pulang ke Kampung Dusun, Kuala Ibai, Kuala Terengganu untuk dikebumikan.
Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Zainal Abidin Hussin berkata, sudah menjadi lazim skuad tersebut mengayuh basikal menuju ke tempat kejohanan sebagai satu latihan.
RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131003/je_03/Atlet-lumba-basikal-Terengganu-maut-digilis-van#ixzz2gfG94uCm
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment