KUALA LUMPUR - Malaysia menempah tempat ke Piala AFC Bawah 16 tahun pada tahun hadapan selepas muncul juara Kumpulan H apabila berkenduri gol membelasah Guam 13-0 di Stadium Kompleks Sukan Nasional Vientiane, semalam.
Tiga pemain negara, Muhammad Najmuddin Samat, Najib Abdullah dan Abang Nur mencipta hatrik sementara Ahmad Firdaus meledak dua gol diikuti jaringan daripada Kogileshawaran Raj Mohana dan Mugammad Shahrul masing-masing turut menyumbangkan satu gol.
Tiga kemenangan dan satu keputusan seri termasuk kejayaan penting menewaskan pilihan utama, Korea Selatan, 2-0, memberikan Malaysia sepuluh mata mengatasi Korea yang sekadar meraih sembilan mata.
Mengikut format pertandingan, juara bagi setiap kumpulan layak secara automatik sementara lima pasukan terbaik dari sepuluh kumpulan yang menduduki tempat kedua turut akan melayakkan diri.
Korea menewaskan Laos 4-1 pada perlawanan terakhir yang menyebabkan tuan rumah tersingkir selepas sekadar menduduki tempat ketiga dalam kumpulan manakala Brunei memungut tiga mata dan Guam di tangga tercorot tanpa sebarang mata.
RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130930/su_04/Malaysia-baham-Guam-13-0-layak-ke-Piala-AFC#ixzz2gTzSu2TS
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment