NAY PYI TAW - Penantian pingat
daripada acara berbasikal berakhir semalam selepas meraih pingat gangsa dalam
dalam acara ujian masa berpasukan (TTT) lelaki sejauh 100 kilometer.
Pasukan yang dibarisi Mohd.
Fauzan Ahmad Lutfi, Muhammad Rauf Nur Misbah, Mohd. Adiq Hussainie Othman serta
Amir Mustafa Rusli berjaya menceriakan jurulatih mereka, Aminuddin Sulaiman.
Sedikit sebanyak kemenangan
tersebut memberikan impak yang besar, sekali gus menyuntik semangat barisan
pelumba kebangsaan yang akan beraksi dalam acara lebuh raya sejauh 163km hari
ini.
Pada perlumbaan semalam,
kuartet negara yang diketuai Fauzan berdepan detik mendebarkan kerana terlebih
dahulu menjangkakan gangsa sudah terlepas ke tangan Indonesia, namun berjaya
dikekalkan sehingga tamat saingan.
Mereka berjaya merakam masa,
dua jam 41 minit 41.285 saat manakala emas dimenangi Vietnam dengan catatan
masa 2'36:19.717s dan Thailand meraih pingat perak (2'38:51.466s).
Menurut Aminuddin, selepas
gagal meraih sebarang pingat sebelum ini, anak-anak buahnya sudah boleh
mengukir senyuman dan ini merupakan satu petanda baik menjelang acara lebuh
raya.
"Mereka bermula dengan
penuh tekanan. Semua pihak sama ada di sini (Myanmar) dan di tanah air mula
bertanya bilakah pasukan negara akan meraih pingat menerusi acara
berbasikal," katanya kepada media selepas perlumbaan tamat semalam.
Jelasnya, dia dapat merasakan
tekanan itu dan ia mempengaruhi kayuhan pelumba, namun Aminuddin tidak pasti
aksi semalam adalah yang terbaik diberikan oleh pelumba bimbingannya.
"Apa pun saya bersyukur
kerana mereka meraih pingat gangsa hari ini (semalam). Ini bermakna tembok kekangan
psikologi yang membelenggu mereka sudah berakhir. Kini mereka boleh berkayuh
dengan penuh tenang dan tiada tekanan untuk acara lebuh raya wanita pada Rabu
nanti (esok)," katanya. - UTUSAN
RUJUKAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131217/su_06/Berbasikal-akhirnya-sumbang-pingat-gangsa#ixzz2ngXoxNfr
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment