Yangon: Tanpa ada belas, skuad
hoki wanita negara membelasah Kemboja 36-0 sekali gus mengesahkan lawan itu
sebagai pasukan belasahan di temasya Sukan SEA Myanmar edisi ke-27.
HOKI: Hoki wanita mengamuk
Kelmarin, Kemboja ditundukkan
26-0 oleh Thailand di Stadium Hoki Theinphyu dan semalam, anak buah ketua
jurulatih Mohd Nasihin Nubli Ibrahim itu tidak menoleh ke belakang sebaliknya
melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang lawan.
Boleh dikatakan semua serangan
yang dilancarkan pemain negara, menghasilkan gol dan tidak seperti aksi
kelmarin, Malaysia tampil lebih garang dan tamat
separuh masa pertama, nama
beberapa pemain skuad kendalian Mohd Nasihin itu sudah memenuhi senarai
penjaring apabila meledak 18 gol tanpa balas.
Bermula babak kedua, 18 lagi
gol berjaya dihasilkan oleh pemain Malaysia yang ada kalanya kelihatan
bersahaja ketika menolak masuk bola ke gawang Kemboja.
“Memang kami jangka boleh
menang tetapi tidak dengan jaringan yang sebanyak itu,” kata Mohd Nasihin yang
tidak mahu ada di antara anak buahnya yang mendabik dada dengan kejayaan
terbesar dalam acara hoki wanita di temasya Sukan SEA Myanmar itu.
Beliau sebaliknya mahu setiap
pemain kembali berpijak di bumi nyata dan bangkit mempamerkan permainan lebih
berwaspada ketika menentang Singapura selepas ini.
“Kami mempunyai tempoh masa
rehat sehari untuk perlawanan berikutnya dan berharap mereka bermain dengan lebih
baik. Kemenangan sebesar ini memang menggembirakan tetapi kami perlu
membuktikan bahawa kami adalah antara yang terbaik.
“Siapa yang tidak suka dengan
kemenangan seperti ini tetapi pemain harus melupakannya kerana kami masih
mempunyai perlawanan untuk dihadapi.
“Mereka perlu lakukan hantaran
sempurna kepada rakan untuk memastikan penyudah sempurna, dari segi prestasi
saya rasa tiada masalah,” katanya.
Sementara itu, khabar duka
melanda dua atlet angkat berat negara, Mohd Hafifi Mansor dan Azizah Fadzil
apabila masing-masing gagal menghadirkan sebarang pingat buat kontinjen negara
pada edisi kali ini.
RUJUKAN: MYMETRO ONLINE
15.12.2013
No comments:
Post a Comment