MOKHTAR Saidin memegang batu
suevit yang di dalamnya terdapat kapak genggam berusia 1.83 juta tahun.
PENYELIDIKAN di Bukit Bunuh
juga telah menemukan bukti kemusnahan tamadun dan budaya awal pada zaman
Paleolitik akibat jatuhan meteorit sekitar 1.83 juta tahun dahulu (td).
Ini menunjukkan sebelum
kejadian tersebut, Bukit Bunuh di Lembah Lenggong didiami manusia purba, namun
akibat impak meteorit, tamadun di situ musnah sama sekali.
Pengarah Pusat Penyelidikan
Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Mokhtar Saidin
berkata, walaupun tiada bukti rangka manusia ditemui tetapi alatan batu yang
pernah digunakan penduduk awal seperti kapak genggam yang melekat pada batu
suevit menjelaskan bahawa Bukit Bunuh pernah dihuni manusia.
Menurutnya, sebelum impak
meteorit, kawasan Bukit Bunuh didiami manusia purba kerana terdapatnya sebuah
tasik kuno yang berkeluasan tiga kali ganda daripada Tasik Raban sekarang.
Katanya, kehidupan manusia
dapat berlangsung kerana mereka memperoleh bekalan air untuk minuman dari
tasik, selain ikan sebagai sumber makanan.
"Jadi, penemuan kapak
genggam yang melekat pada batu suevit akibat terlebur semasa jatuhan meteorit
menjadi satu-satunya bukti yang menunjukkan kawasan itu didiami manusia sebelum
1.83 juta td.
Walaupun tamadun manusia musnah
akibat impak meteorit yang membentuk kawah berdiameter lapan kilometer (km)
persegi di Bukit Bunuh, namun kawasan itu kembali dihuni manusia dari semasa ke
semasa.
Menurut Mokthar, manusia
kembali mendiami Bukit Bunuh selepas impak meteorit berdasarkan bukti penemuan
tamadun dan budaya sekitar 40,000 td dan 30,000 td.
"Di tapak berdekatan
seperti Bukit Jawa, Temelong dan Lawin pula, terdapat bukti menunjukkan kawasan
tersebut telah didiami manusia sekitar 200,000 td," katanya.
Tambahnya, bukti lain adalah
penemuan rangka manusia di gua mulai tahun 10,000 td sehingga 1,000 td, sekali
gus membuktikan Lembah Lenggong memiliki rekod tumpuan penduduk yang begitu
lama sehingga menjadikannya sebagai pusat perkembangan budaya terawal manusia.
RUJUKAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131214/re_09/Tamadun-musnah-kembali-dihuni-manusia-purba#ixzz2nT1zL4yg
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment