NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
15 Disember 2013
Ujian sebenar buat Harimau Muda
PERTEMUAN menentang Singapura
petang ini, menjadi medan ujian sebenar buat juara bertahan bola sepak Sukan
Sea, Harimau Muda selepas permulaan baik dalam dua perlawanan Kumpulan A
sebelum ini. lapor, NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH.
Semalam, skuad bimbingan Datuk
Ong Kim Swee mencatat kemenangan bergaya menewaskan Laos 4-1 sebelum menang ke
atas Brunei 2-0, Selasa lalu.
Kemenangan itu meletakkan skuad
negara di landasan tepat untuk mara ke separuh akhir, sekali gus mempertahankan
pingat emas yang dimenangi di Indonesia dua tahun lalu.
Ini kerana selepas mengutip
enam mata maksimum daripada dua perlawanan, hanya satu kemenangan sahaja perlu
dicari Malaysia daripada baki dua saingan kumpulan, iaitu menentang Singapura
dan Vietnam pada 17 Disember bagi mengesahkan tiket separuh akhir.
Bagaimanapun Kim Swee berkata,
menentang Singapura adalah lebih mencabar dan pasukan negara pasti akan diuji
sepenuhnya kerana lawan adalah pasukan yang kuat.
"Kemenangan yang penting
dengan Laos petang semalam. Kini ujian sebenar menentang Singapura bagi
menentukan tempat ke separuh akhir.
“Saya belum fikirkan pasal
perlawanan pada peringkat separuh akhir kerana kita masih beraksi pada
peringkat kumpulan dan apa yang penting pada ketika ini adalah untuk memikirkan
perlawanan berikutnya.
“Jika layak ke separuh akhir
baru saya boleh cakap pasal perkara tersebut,” katanya menerusi Twitter.
Sementara itu, penyerang
sensasi dari Sabah, Rozaimi Abd Rahman mengucapkan syabas hasil kemenangan
kedua yang dicatat skuad negara.
"Syabas kepada semua
pemain. Tiga mata yang penting. Sekarang fokus pertemuan akan datang menentang
Singapura," katanya.
RUJUKAN :SINAR HARIAN ONLINE
No comments:
Post a Comment