11 Januari 2014
Pesawat Cessna Pesawat
KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat
Cessna 172 terhempas di Empangan Batu, Ulu Yam di sini semalam dan tiga
individu dalam pesawat itu ditemui selamat.
Kejadian pada pukul 5.15 petang
semalam itu menjadikan 13 kes pesawat jenis itu terhempas sejak 1973.
Berikut adalah kronologi
pesawat Cessna terhempas di negara ini;
* 10 November 1973 - Sebuah
pesawat Penang Flying Club, jenis enjin tunggal Cessna terhempas dan meletup
berhampiran kawasan penerbangan Pulau Langkawi menyebabkan juruterbangnya
terbunuh.
* 10 Januari 1982 - Pesawat
Cessna 26 dengan Menteri Luar Negeri Tan Sri Ghazali Shafie dan dua yang lain,
terhempas di gunung di Kampong Som Som Hilir berhampiran Kampong Janda Baik,
37.5km dari Kuala Lumpur.
* Hanya seorang juruterbangnya
terselamat iaitu Tan Sri Ghazali dan pesawat itu adalah milik Kelab Penerbangan
Diraja Malaysia.
* 23 Mac 1987 - Sebuah Cessna
177, dalam penerbangan ke Ipoh dari Pulau Pinang terhempas di Kampung Paya,
Pengkalan Pegoh, 6.5km dari Lapangan Terbang Ipoh, Perak dan tiga penumpangnya
terselamat.
* 10 September 1992 - Sebuah
Cessna 172 terhempas di dalam paya bakau berhampiran Pulai Kelumpang, Bagan
Serai, setelah berlepas dari landasan terbang Taiping mengakibatkan juruterbang
dan tiga penumpangnya terbunuh.
* 28 Februari 1996 - Pelatih
Juruterbang dari Mofaz Flying Academy, Ahmad Izwani Md Zainal, 23, terselamat
apabila Cessna 152 terbalik dalam nahas semasa mendarat di sawah padi kira-kira
dua kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Mat Sirat.
* 2 Mac 1997 - Sebuah pesawat
Mofaz Air Cessna 172 terhempas dalam sebuah paya di Kampung Bakau, Kelibang,
kira-kira 5km dari bandar Kuah, Pulau Langkawi.
* Juruterbang, Nik Alfian Nik
Abdul Ghani, 26, dan dua jurukamera Abdul Razak Mohd Noor, 43, dan Ishak Latif,
32, dari Filem Negara maut dalam nahas itu.
* 7 Februari 2000 - Pesawat
Cessna 172 berkedudukan empat yang dipajak kepada Kelab Penerbangan Diraja
Selangor terhempas di Kampung Merting, dekat Taman Negara, Pahang selepas
melanggar kabel keluli 20m tinggi merentasi 150m-luas Sungai Tembeling.
Impak nahas ke dalam sungai itu
menyebabkan kapal terbang patah kepada lima kepingan dan tiga terbunuh.
* 18 Jun 2000 - Sebuah pesawat
ringan Cessna 172 milik sekolah penerbangan Flyright Air Sport Sdn Bhd, yang
membawa empat orang, terhempas di Laut China Selatan 100 meter dari perairan
Kampung Sri Pantai, Mersing, Johor.
Dua maut manakala dua lagi
terselamat kerana menggunakan payung terjun.
* 16 Ogos 2001 - Sebuah pesawat
Cessna 402B enjin-berkembar bersama lima orang terhempas semasa mendarat
kira-kira 3km dari Batu Arang kem askar di Rawang pada 3.50 petang, berikutan
kegagalan enjin menyebabkan lima cedera.
* 11 Oktokber 2001 - Sebuah
kapal terbang Cessna 172 terhempas di landasan di pangkalan Tendera Udara
Diraja Malaysia di Sungai Besi semasa membuat pendaratan. Juruterbang dan dua
pekerja Jerman selamat.
* 26 Januari 2009 - Seorang
juruterbang warga Singapura terselamat setelah pesawat Cessna 152 terjatuh dan
tersangkut di atas sebatang pokok dengan muncungnya menghala ke bawah pada
lereng sebuah bukit di dalam hutan simpan di Gunung Pulai, Johor.
* 29 Julai 2012 - Seorang
juruterbang warga Singapura terbunuh selepas pesawat ringan jenis Cessna yang
dipandunya terhempas di sebuah kebun sawit di Kampung Parit Puasa, Ayer Baloi,
Pontian, Johor. - Bernama
No comments:
Post a Comment