Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my
KEADAAN tebing runtuh menimbus
Lebuh Raya Mahameru berhampiran bangunan Parlimen di ibu negara semalam.
KUALA LUMPUR - Sebahagian
laluan Lebuh Raya Mahameru iaitu dari Parlimen menuju Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) terpaksa ditutup sementara berikutan kejadian tanah runtuh di
tebing berhampiran kawasan berkenaan semalam.
Runtuhan tebing berbukit di
jalan itu yang berlaku pada pukul 5.20 petang dipercayai berpunca daripada
hujan lebat pada sebelah petang.
Runtuhan seluas 10x10 meter
persegi itu didapati menutupi jalan, menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga
lima kilometer dari Jalan Damansara dan Jalan Istana.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat
Sentul, Zahari Mohamad berkata, tiada mangsa atau kenderaan yang tertimbus
dalam kejadian tersebut.
SUMBER: KOSMO ONLINE 8.1.14
No comments:
Post a Comment