Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my
SEORANG pekerja asing menyapu
lantai di sebuah restoran makanan segera di Damansara Uptown, Petaling Jaya
semalam.
PUTRAJAYA – Semua restoran
makanan segera di negara ini tidak dibenarkan menggaji pekerja asing bagi
memberi keutamaan kepada warga tempatan untuk mengisi kekosongan pekerjaan.
Perkara tersebut diputuskan
dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing
Tanpa Izin (JKKPA-PATI) di sini semalam.
Mesyuarat kali ke-11 yang
berlangsung hampir tiga itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin.
Urus setia JKKPA-PATI dalam
satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut menegaskan, kerajaan
memandang serius isu tersebut kerana masih ramai warga tempatan berminat untuk
bekerja di restoran makanan segera tetapi tiada peluang.
“Kerajaan memandang serius
perkara ini. Pengusaha restoran berkonsepkan fast food disaran mengambil dan
menggaji pekerja tempatan memandangkan masih ramai lagi warga tempatan yang
berminat bekerja di restoran itu,” kata kenyataan itu.
Antara restoran makanan segera yang
popular dalam kalangan rakyat Malaysia ialah Kentucky Fried Chicken,
McDonald’s, A&W dan Pizza Hut.
SUMBER: KOSMO ONLINE 8.1.14
No comments:
Post a Comment