Ad

Wednesday, 8 January 2014

22 barang ditawar lebih murah

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my
 
ISMAIL SABRI (tengah) menunjukkan cili merah yang dijual di pasar tani selepas melancarkan Program Jimat Belanja Dapur di Putrajaya semalam. Turut kelihatan Badruddin (kiri).

PUTRAJAYA – Berkuat kuasa semalam, orang ramai boleh menikmati penjimatan harga antara lima hingga 20 peratus bagi 22 jenis barangan terpilih di 513 buah pasar tani seluruh negara.

Langkah tersebut dilaksanakan melalui Program Jimat Belanja Dapur 2014 anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program yang akan berlangsung sepanjang tahun itu bertujuan mengurangkan beban rakyat yang berdepa n masalah kenaikan harga barang.

“Kesemua barangan yang ditawarkan ialah yang popular dibeli oleh pengguna antaranya, bawang merah besar, ubi kentang, lobak merah cina, cili merah minyak, tomato dan pelbagai jenis ikan yang kita turunkan harga.

“Sebagai contoh, pengguna boleh membeli ayam di pasar tani pada harga RM7.50 berbanding harga pasaran RM7.80 sekilogram, di sini pengguna dapat berjimat sebanyak 30 sen,” katanya pada sidang akhbar di pasar tani Putrajaya di sini semalam.

SUMBER: KOSMO ONLINE 8.1.14

No comments:

Post a Comment