Ad

Sunday, 7 December 2014

Apa kau orang buat?



Dollah bengang pemain tiada disiplin, tinggalkan posisi
MUHAMMAD DAYNE AZMIN  |  08 Disember 2014 1:07 AM

PEMAIN Harimau Malaya melangkah longlai meninggalkan padang selepas dikalahkan 1-2 oleh Vietnam dala
PEMAIN Harimau Malaya melangkah longlai meninggalkan padang selepas dikalahkan 1-2 oleh Vietnam dala

PEMAIN Harimau Malaya melangkah longlai meninggalkan padang selepas dikalahkan 1-2 oleh Vietnam dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM - Pengendali Harimau Malaya, Dollah Salleh seperti hilang kata-kata selepas melihat pasukannya tumbang 1-2 kepada Vietnam pada separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Shah Alam, semalam.

Beliau mengakui hairan dengan sikap pemainnya dan menganggap disiplin yang ditunjukkan di bahagian pertahanan serta serangan berada pada tahap paling teruk sepanjang perlawanan.

“Terus-terang saya tidak tahu apa yang terjadi dengan pemain sepanjang perlawanan, namun saya masih yakin memandangkan kita masih ada 90 minit kedua.

“Pemain yang paling membuatkan saya sedih adalah Mahali Jasulli di bek kanan yang sering meninggalkan posisi apabila naik ke atas.

“Saya langsung tidak menjangka Vietnam mampu bermain sebegini baik, malah saya rasa kami cukup bertuah kerana lawan tidak menja­ringkan dua atau tiga gol lagi,” katanya, semalam.

Sementara itu, ketua pasukan negara, Safiq Rahim, menganggap kekalahan tersebut adalah berpunca daripada mereka sendiri kerana terlalu membuka ruang kepada lawan.

Tambahnya, selepas mendahului lawan, terdapat sedikit kelonggaran yang ketara dalam permainan mereka sehingga Vietnam mudah masuk ke dalam kawasan kubu negara.

“Memang kesalahan kami sendiri kerana terlalu leka dan ba­nyak melakukan kesilapan dalam permainan hari ini.

“Pada 10 minit pertama, kami boleh mengimbangi rentak mereka namun lama-kelamaan kami se­perti kehilangan arah.

“Namun, ini bukan pengakhiran buat kami kerana di Hanoi, saya dan rakan-rakan akan cuba bangkit ditambah dengan kehadiran semula Shukor Adan serta Amri Yahyah,” katanya.

Pemain negara hanya berehat beberapa jam selepas perlawanan semalam kerana perlu berlepas ke Hanoi seawal jam 9 pagi ini untuk menghadapi separuh akhir kedua, Khamis ini.
- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/apa-kau-orang-buat-1.33755#sthash.nPXGdBwB.dpuf

No comments:

Post a Comment