Ad

Friday, 10 January 2014

Bank Rakyat lancar kad debit baharu

 Oleh Nurhayati Abllah 
 Bank Rakyat lancar kad debit baharu
Bank Rakyat lancar kad debit baharu
Hasan (kiri) bersama Mansor melancarkan Kad Debit-i KOPENASBank Rakyat di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Asyraf Hamzah
Syarikat sasar 20,000 pelanggan, tingkat penguasaan pasaran

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) mensasarkan 20,000 pemegang kad debit baharu me nerusi pelancaran Kad Debit-i Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad (KOPENAS)-Bank Rakyat, semalam.


Pengarah Urusannya, Datuk Mustafha Abd Razak, berkata pada masa ini Bank Rakyat mempunyai 80,000 pemegang kad debit yang menawarkan pelbagai kemudahan kepada penggunanya.

Katanya, pelancaran kad debit baharu itu amat bermakna kerana ia jalinan kerjasama pertama membabitkan KOPENAS dan Bank Rakyat, yang menghasilkan situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak.

“Dengan pelancaran kad debit baharu ini, kami juga yakin ia dapat meningkatkan penguasaan pasaran kad debit kami dalam masa terdekat ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran kad berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

Turut diadakan ialah majlis menandatangani perjan jian persefahaman pelancaran pakej khas antara syarikat Penerbangan Firefly dengan KOPENAS bagi pembelian tiket penerbangan menggunakan kad debit itu.

Pelancaran itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek. Turut hadir, Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin; Pengerusi KOPENAS, Mansor Ab Rahman dan Ketua Eksekutif Pemasaran Komersial Firefly, Azman Ahmad.
Mustafha berkata, pihaknya akan melaksanakan be berapa inisiatif bagi mengembangkan pasaran pelbagai produk bank, terutama menambah jumlah penggunaan kad debit di negara ini.

Beliau berkata, ia termasuk usaha promosi dan pemasaran, selain menambah jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak.

“Selain itu, kita turut menawarkan pelbagai kemu dahan kepada pemegang kad debit, termasuk perkhid matan transaksi di lebih 500 peniaga dan kedai yang berdaftar dengan Bank Rakyat,” katanya.

Sementara itu, Mansor berkata, pihaknya menjangkakan lebih ramai daripada kalangan ahli KOPENAS akan mengaplikasikan pengguna kad debit kerana ia memberi banyak manfaat kepada mereka.

Katanya, keanggotaan berdaftar KOPENAS adalah se ramai 25,000 ahli, tetapi hanya 14 ,000 daripadanya menjadi anggota aktif serta menyumbangkan yuran mo dal.

“Jadi, kita mensasarkan kesemua 14,000 ahli berdaftar itu akan memiliki Kad Debit-i Bank Rakyat-KOPENAS secara berperingkat menerusi kemudahan pelan pin jaman mudah bagi anggota yang tidak mempunyai modal untuk didepositkan dalam kad berkenaan, yang dise diakan KOPENAS,” katanya.

Beliau berkata, pinjaman mudah itu berbentuk pin jaman peribadi dengan setiap anggota yang memohon diperuntukkan antara RM5,000 dan RM10,000 yang di depositkan dalam kad debit.

Pada masa sama, katanya, KOPENAS juga merancang bekerjasama dengan beberapa syarikat dan jenama tem patan serta antarabangsa bagi mendapatkan diskaun untuk pemegang kad berkenaan, bermula dengan Firefly.

RUJUKAN:BERITA HARIAN ONLINE 10.1.14

No comments:

Post a Comment