Ad

Thursday 23 January 2014

e Operasi


LOG MASUK user
LoginID
:
Katalaluan
:
No.KP
:
 
Sekiranya pengguna tidak mempunyai perisian berikut, boleh muat turun pada pautan di bawah.
   


Bilangan Pengguna Semasa : 8 
Pastikan Anda Telah Mendaftar Masuk Untuk Menggunakan Sistem.
PAUTAN SEGERA
 
Pendaftaran Pengguna Baru/ Pengguna
Surat Siaran
Bantuan
PENGUMUMAN


PENGEMASKINIAN MAKLUMAT KELAS DAN MURID ISLAM
DI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH MODEL KHAS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 


 Dimaklumkan bahawa Kementerian ini sedang mengemas kini norma perjawatan melalui sistem e-Operasi bagi penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (Perjawatan) Tahun 2014. Pengemaskinian tersebut melibatkan pengisian maklumat sebenar bilangan kelas dan murid beragama Islam meliputi kelas prasekolah, kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (Pendengaran, Penglihatan, Masalah Pembelajaran) dan kelas biasa bagi Tahun 1 hingga 6 di sekolah rendah dan Sekolah Menengah Model Khas. Bagi tujuan tersebut, sekolah dipohon untuk mengisi dan mengemas kini maklumat bilangan kelas dan murid Islam mulai 6 hingga 12 November 2013. Kemaskini ini boleh dilaksana melalui menu permohonan ABM Perjawatan.


PENYATA PERJAWATAN BERASASKAN SEKOLAH TAHUN 2013


 Dimaklumkan bahawa Penyata Perjawatan Berasaskan Sekolah Tahun 2013 boleh dimuat turun mulai 04 November 2013 (Isnin).


PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DATA OPERASI GURU


 (Tarikh pengemaskinian dipinda bagi urusan pertukaran dan penempatan guru) Modul e-OPERASI akan dibuka semula mulai
05 November 2013
bagi tujuan pengemaskinian Maklumat Sekolah, Kelas, Murid dan Subjek dan Maklumat Guru.

Bagi guru yang telah berkahwin dimohon lengkapkan maklumat berkaitan pasangan di Menu: Kemaskini Maklumat Guru - Maklumat Pasangan

TINDAKAN MAKLUM BALAS PENEMPATAN GURU (MPG_1)

Pengetua /Guru Besar yang telah menerima guru baharu lantikan tetap 1 Julai 2013
dikehendaki membuat tindakan di Maklumbalas Penempatan Guru Baharu sebelum 15 Julai 2013.

TINDAKAN MAKLUM BALAS PENEMPATAN GURU PERTUKARAN (MPG_2)

Pengetua /Guru Besar yang telah menerima guru bertukar 1 Julai 2013 dikehendaki membuat tindakan di Maklumbalas Penempatan Guru Pertukaran sebelum 15 Julai 2013.



PERMOHONAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS (PERJAWATAN) TAHUN 2014

Dimaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan yang ditetapkan pada 1 Ogos 2013 (Khamis) telah ditangguhkan kepada 11 Ogos 2013 (Ahad). Sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Dimaklumkan bahawa berdasarkan beberapa penambahbaikan yang dibuat terhadap sub modul permohonan Anggaran Belanja Mengurus (Perjawatan) melalui Sistem e-Operasi maka permohonan ABM(P) Tahun 2014 boleh dilaksanakan mulai 18 Julai 2013 (Khamis) manakala tarikh tutup permohonan yang dijangkakan pada 26 Julai 2013 telah ditangguhkan sehingga 1 Ogos 2013 (Khamis). 


Pengemaskinian Maklumat Pengisian Anggota Kumpulan Pelaksana

Dimaklumkan bahawa KPM telah menyediakan menu tambahan (Verifikasi AKS Perjawatan) dalam sistem e-operasi yang membolehkan pihak Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (Unit Perjawatan), Jabatan Pelajaran Negeri membuat semakan dan pindaan terhadap data pengisian Anggota Kumpulan Pelaksana. )

Dalam memastikan maklumat kelayakan AKS 2013 mengikut norma perjawatan yang ditetapkan maka pihak Jabatan Pelajaran Negeri perlu mengambil tindakan semakan dan pembetulan seperti berikut :

1) Kemaskini maklumat pengisian penyandang sedia ada di Lampiran K (Aktiviti Rendah) dan Lampiran M (Aktiviti Menengah) dan seterusnya klik pada butang Hantar Permohonan/Kemaskini Perjawatan.

2) Kemaskini Lampiran I (Aktiviti Rendah) dan Lampiran K (Aktiviti Menengah) dengan klik butang Hantar Permohonan/Kemaskini Perjawatan .

Tindakan 1 dan 2 di atas perlu dilakukan terhadap sekolah di bawah kawalan JPN (sama ada dengan pindaan/tanpa pindaan).

* Nota : Pengemaskinian ini hanya boleh dilakukan di paparan e-operasi peringkat sekolah.



Sebelum membuat semakan dan pengemaskinian data pastikan anda telah mendaftar masuk bagi mendapatkan Id Pengguna dan Kata Laluan masing-masing.

Kerahsiaannya Id Pengguna dan Kata Laluan adalah di bawah tanggungjawab anda 


Semua Guru hendaklah membuat semakan dan pengemaskinian data dengan menggunakan Id Pengguna dan Kata Laluan masing-masing. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat, sila maklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk tindakan pembetulan maklumat. 

Jika masih menghadapi masalah untuk membuat pengemaskinian data, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)

Sekian dimaklumkan.
 

No comments:

Post a Comment