Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my
Koo Kien Keat (kanan) dan Tan
Boon Heong masih mendapat kepercayaan BAM biarpun peminat badminton semakin
hilang keyakinan terhadap mereka ekoran prestasi yang terus merudum.
KUALA LUMPUR - Prestasi buruk
pada Terbuka Malaysia minggu lalu tidak akan mendorong Persatuan Badminton
Malaysia (BAM) memisahkan beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon
Heong dalam masa terdekat ini.
Menurut jurulatih beregu lelaki
negara, Pang Cheh Chang gandingan Kien Keat-Boon Heong dijangka akan terus
beraksi sekurang-kurangnya dalam tempoh jangka masa pendek.
"Khidmat mereka masih lagi
diperlukan, terutama dalam empat kejohanan utama termasuk Piala Thomas 2014 di
New Delhi untuk menambah sengat dalam barisan beregu lelaki negara,"
katanya semalam.
Malah, pada ketika peminat
sudah mula hilang keyakinan dengan pasangan itu, Cheh Chang sebaliknya yakin
mereka masih boleh kembali kepada tahap prestasi terbaik sebelum ini.
"Sesuatu yang positif jika
kita mempunyai tiga beregu lelaki termasuk Hoon Thien How-Tan Wee Kiong dan Goh
V Shem-Lim Khim Wah kerana akan memberi kelebihan kepada skuad negara terutama
di empat kejohanan besar termasuk Piala Thomas," kata bekas pemain badminton
negara itu lagi.
Sabtu lalu, Mesyuarat Majlis,
BAM telah memutuskan untuk membekukan penyertaan Kien Keat-Boon Heong dalam
mana-mana kejohanan antarabangsa bagi membolehkan kajian menyeluruh dilakukan
setelah mereka terkandas pada pusingan pertama Terbuka Malaysia.
Dalam pada itu, pemain beregu
campuran negara, Goh Liu Ying akan membuat keputusan pada Jumaat ini sama ada
akan menjalani pembedahan terhadap lututnya yang cedera.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140123/su_02/Kien-Keat-Boon-Heong-tidak-akan-dipisahkan#ixzz2rE7oYvHf
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment