Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my
TAK TAHAN SEJUK... Abdul Razak
Yunos (kanan) dan anggota keluarganya menikmati minuman petang di Kampung
Keroh, Kuala Krai, Kelantan dengan memakai baju sejuk.
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia
kini menikmati keadaan cuaca nyaman seperti musim bunga di kota London, United
Kingdom apabila suhu di beberapa bandar utama di negara ini turun mendadak
berpunca daripada aktiviti matahari yang berkurangan.
Keadaan yang berlaku sejak
beberapa hari lalu itu menyaksikan suhu di bandar raya Kuala Lumpur turun
kepada 25 darjah Celsius berbanding 33 darjah Celsius minggu lalu.
Di Kelantan pula, Jajahan Kuala
Krai mencatatkan bacaan suhu paling rendah iaitu 17 darjah Celsius berbanding
sekitar 29 darjah Celsius bagi suhu maksimum.
Ketika diminta mengulas
fenomena perubahan cuaca yang jarang berlaku itu, pensyarah Pusat Pengajian
Sains Fizik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Chong Hon Yew
berkata, ia berpunca daripada aktiviti matahari yang mempunyai kitaran dalam
tempoh 11 tahun dan dikenali sebagai 'Edaran Matahari'.
Menurutnya, kali terakhir
matahari dikesan melalui proses yang aktif ialah pada tahun 2001.
KOSMO ONLINE 25.1.14
No comments:
Post a Comment