Oleh
Rizar Mohd Noor Cetak Emel Kawan
Masa musuh utama Safee
Reaksi Safee (kiri) selepas
menjaring gol penyamaan ketika aksi persahabatan menentang Melaka.
Johor Bahru: Penyerang Johor
Darul Tazim (JDT), Safee Sali menganggap dirinya belum berada pada tahap
memuaskan dan akan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi sebelum
saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula 18 Januari ini.
Walaupun sudah meledakkan tiga
gol selepas mengharungi dua perlawanan persahabatan, baginya masih ada ruang
untuk memperbaiki setiap kelemahan di bawah bimbingan jurulatih, Cesar Ferrando
Jiminez.
Ia satu permulaan baik untuk
beri lebih keyakinan kepada saya. Tapi saya belum puas hati dengan apa yang
dipamerkan kerana saya mampu beri persembahan yang lebih mantap.
Latihan bersama Jiminez banyak
membantu saya meningkatkan prestasi dan jurulatih itu juga sering beri motivasi
kepada saya. Ini sudah tentu menguatkan semangat untuk memastikan saya berada
pada tahap terbaik, katanya.
Buka ruang
Safee berkata memang berbaloi
dengan tiga jaringan yang dihasilkannya, malah dia cukup serasi beraksi bersama
Pablo Aimar yang tahu untuk melorongkan bola bagi membuka ruang kepadanya
melakukan penyudah.
Pengantin baru itu kini terus
berusaha untuk mengembalikan persembahan terbaik yang pernah dilakukan satu
ketika dahulu malah dengan keupayaan menjaringkan gol pada dua aksi
persahabatan memberinya lebih keyakinan untuk merebut tempat dalam kesebelasan
utama sebelum saingan Liga-M bermula.
Dia menjaringkan dua gol ketika
membantu JDT menewaskan Melaka United 4-1 dan gol penyamaan untuk mengikat
Pelita Bandung Raya 1-1 dalam aksi persahabatan kelmarin.
Sudah tentu setiap pemain ingin
bermain dan bagi saya siapa yang berada pada tahap terbaik dia berhak berada
dalam skuad utama, katanya.
RUJUKAN:BERITA HARIAN ONLINE 9.1.14
No comments:
Post a Comment