SEORANG pekerja mengalihkan
bangkai seekor lembu yang ditemui di sebuah pantai di Ystad, selatan Sweden
semalam.
COPENHAGEN - Penemuan bangkai
hampir 12 ekor lembu yang terdampar di kawasan pantai di Denmark dan Sweden
menyebabkan polis di kedua- dua buah negara rantau Scandinavia itu menjadi
bingung tentang punca kejadian tersebut boleh berlaku.
Sejak 29 Disember tahun lalu,
lapan bangkai lembu ditemui oleh para pengunjung di pantai selatan Sweden
dengan tiga ekor lagi dijumpai di Denmark.
Semua bangkai lembu tersebut
ditemui dengan sebahagian telinga haiwan itu dipotong.
Polis Denmark dan Sweden
menyatakan kelmarin bahawa terdapat kemungkinan lembu-lembu itu dicampak dari
atas sebuah kapal ke Laut Baltik.
Pihak berkuasa kini cuba
mengesan kapal-kapal pengangkut haiwan ternakan yang melalui perairan dua
negara itu sejak beberapa minggu lalu bagi menyelesaikan kes tersebut. - AP
SUMBER : KOSMO ONLINE 11.1.14
No comments:
Post a Comment