Damia menunjukkan kemampuan
menulis nama sendiri dan melukis menggunakan kaki sambil berbaring di Sekolah
Kebangsaan Telemong, Hulu Terengganu semalam.
HULU TERENGGANU - Kegigihan
murid istimewa Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Telemong di sini yang
sebelum ini dipaparkan media, Nur Damia Irsalina Daeng Malis terus mendapat
perhatian pelbagai pihak.
Semalam, murid itu menerima
kunjungan dua pakar perubatan rehabilitasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)
Kuala Terengganu yang mahu melihat keperluan sebenar Nur Damia untuk memudahkan
lagi pergerakannya di sekolah dan di rumah.
Timbalan Pengarah Kesihatan
Negeri (Kesihatan Awam) Dr. Mohd. Jusoh berkata, pihak hospital akan membuat
penilaian secara holistik untuk memantau keperluan kanak-kanak istimewa itu
agar dia dapat bergerak seoptimum mungkin, sama seperti kanak-kanak normal yang
lain.
SUMBER KOSMO ONLINE 7.1.14
No comments:
Post a Comment