KERETA Toyota Hiace tahun 1994
yang diubah suai menjadi mirip kereta Batmobile dipamerkan pada Pameran Salun
Kereta Tokyo di Chiba semalam.
CHIBA, Jepun - Hampir 400 buah
syarikat menyertai Pameran Salun Kereta Tokyo yang berlangsung selama tiga hari
di sini.
Pada pameran itu, hampir 800
buah kenderaan yang telah diubah suai dan dihiasi dengan cat serta aksesori
yang menarik dipamerkan kepada orang ramai sejak semalam.
Antara yang menjadi tumpuan
orang ramai pada pameran itu ialah sebuah kereta Toyota Hiace tahun 1994 yang
diubah suai menjadi kereta Batmobile.
Beberapa pemilik kereta yang
mempunyai cat yang unik turut menyertai pameran itu seperti ketua kumpulan
kereta Lamborghini, DJ Kaorin. - Agensi
SUMBER : KOSMO ONLINE 11.1.14
No comments:
Post a Comment