MELAKA - Ketua Menteri, Datuk
Seri Idris Haron (gambar) mahu hak siaran program yang diminati ramai seperti
perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014 anjuran Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (FIFA) di Brazil pada Jun depan dikongsi oleh semua stesen
televisyen dan bukannya dimonopoli oleh sebuah stesen sahaja.
Beliau yang juga Presiden
Persatuan Bola Sepak Amatur Melaka (MAFA) berkata, seharusnya stesen-stesen
televisyen awam yang lebih bersifat komuniti seperti Radio Televisyen Malaysia
(RTM), TV3 dan lain-lain harus turut diberi ruang untuk menyiarkan siaran
langsung kejohanan bola sepak berprestij itu.
KOSMO ONLINE 16.1.14
No comments:
Post a Comment