Ad

Saturday, 25 January 2014

Shahril sangkal Liga Perdana kelas dua

 Oleh Rizar Mohd Noor  
Johor Bahru: Kapten Johor Darul Ta'zim II (JDT II) Shahril Ishak menyangkal dakwaan sesetengah pihak betapa saingan Liga Perdana masih berada pada tahap kelas dua berbanding saingan Liga Super, musim ini.

Sebaliknya bekas kapten Lions XII itu mengakui betapa dia sudah merasai sendiri `aura' kehebatan saingan liga itu dan menganggap beberapa pasukan yang beraksi memiliki pemain berkualiti yang mampu memberi saingan kepada pasukan yang berada di Liga Super.


"Musim ini saya lihat Liga Perdana begitu kompetitif apabila pasukan yang beraksi pada saingan itu memiliki pemain berpengalaman.

“Malah, saya tidak berasa terkilan selepas beraksi bersama JDT II sebaliknya amat bertuah kerana mampu bersama-sama pemain muda mengharungi kempen musim ini.

"Kita boleh lihat Polis Diraja Malaysia (PDRM), bukanlah pasukan yang kuat tetapi mereka sudah buat pembaharuan dengan kehadiran pemain berpengalaman dan jurulatih yang berkaliber.

“JDT II juga tidak kurang hebatnya biarpun memiliki pemain muda dan mampu mengimbangi kekuatan pasukan lawan," katanya.

Apa pun, Shahril mengakui agak kecewa tatkala skuad yang mendapat jolokan Merah Biru itu terpaksa akur dengan kekuatan PDRM selepas tewas 1-3 pada aksi pertama saingan liga.

Berita Harian online 26.1.14

No comments:

Post a Comment