Badhri terima ugutan bunuh
Oleh YATIMIN
ABDULLAHsukan@kosmo.com.my
BADHRI menerima ugutan bunuh
daripada individu yang menggunakan nama Elman Ganu dalam laman sosial Facebook
semalam.
KAPTEN Kelantan, Mohd. Badhri
Radzi menerima ancaman bunuh menerusi laman sosial Facebook.
Ekoran ancaman tersebut, para
penyokong The Red Warriors tampil membuat laporan polis pada pukul 6 petang
semalam di Balai Polis Kota Bharu.
Laporan tersebut dibuat oleh
Kelab Sukarelawan Bantuan Kemasyarakatan Kelantan (KSBK) bersama 20 ahli kelab
yang diketuai oleh Presidennya, Roslan Ismail.
Menurut Roslan, laporan
tersebut dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa dan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKM) membuat siasatan secara terperinci ke atas pemilik
laman sosial berkenaan yang menggunakan akaun Elman Ganu.
“Sebagai penyokong dan peminat
setia skuad bola sepak Kelantan, saya menyifatkan tindakan ini boleh mengganggu
gugat ketenteraman awam.
“Saya harap pihak berkuasa
dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang membuat kenyataan
tersebut.
“Laporan polis ini juga sebagai
pengajaran kepada orang ramai supaya jangan terlalu obses sehingga sanggup
mengeluarkan kenyataan yang boleh memudaratkan diri sendiri,” ujar Roslan.
Elman Ganu menerusi ruangan
sembang di laman sosial berkenaan bersama seorang yang lain, Budok Juvana,
menulis: “Kelantan *$%*! Sial, kalau Kelantan menang Piala Malaysia,
aku*#@%^&@$ akulah! Aku akan upah orang bunuh Badhri Radzi!! Indra Putra
aku nak sula dia! Fakri aku nak dia jadi pembantu rumah aku!”
Sebelum ini, akhbar tempatan
pernah melaporkan tonggak Kelantan, Indra Putra Mahyuddin turut menerima
ancaman bunuh daripada seorang penyokong Johor Darul Takzim (Johor DT).
Bagaimanapun, perancang tengah
Kelantan itu menegaskan, dia tidak mahu ambil kisah dengan ugutan seperti itu,
malah menganggap apa yang diperkatakan itu tidak lebih daripada sekadar gurauan
semata-mata.
Badhri ketika dihubungi enggan
mengulas ugutan tersebut sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada persediaan
menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Pahang di
Stadium Shah Alam pada Ahad ini.
Rujukan:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/1.11.2013
No comments:
Post a Comment