KUALA LUMPUR - Tujuh pemain
skuad hoki remaja kebangsaan dipilih untuk menyertai senarai 35 pemain skuad
kebangsaan 2014.
Kavin Kartik Govindasamy,
Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri, Muhammad Azri Hassan, Muhammad Hafizuddin
Othman, Muhammad Rashid Baharom, Muhammad Shahril Saabah dan Shazril Irwin
Nazli antara yang bakal menggalas tugas besar bersama skuad senior.
Empat pemain daripada skuad
remaja turut disenarai sebagai pemain simpanan skuad berkenaan iaitu Joel
Samuel Van Huizen, Muhamad Hafiz Zainol, Muhammad Haziq Samsul dan Shafiq
Sumantri.
Timbalan Presiden Kanan
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pemilihan 35
daripada senarai 45 pemain itu dibuat sebagai usaha menghadapi pelbagai
kejohanan besar yang dijadual berlangsung tahun ini selain mencapai sasaran
yang ditetapkan.
Katanya, antara tumpuan yang
akan diberikan termasuk Sukan Asia 2014 yang akan berlangsung di Incheon Korea
Selatan bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan Kejohanan Hoki Piala Dunia
2014 di Hague, Belanda.
"Tujuan kita ada skuad
yang besar adalah untuk mengharungi banyak kejohanan besar dan semua pemain
perlu berikan komitmen sepenuhnya untuk mendapatkan ke tempat untuk ke Piala
Dunia dan Sukan Asia," katanya ketika mengumumkan senarai pemain skuad
kebangsaan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini semalam.
Malaysia juga akan mengharungi
beberapa kejohanan besar tahun ini, Sukan Komanwel di Glasgow, Piala Sultan
Azlan Shah dan Jemputan 4 Negara.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140117/su_08/Tujuh-pemain-remaja-naik-pangkat#ixzz2qlEniz7S
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment