Ad

Saturday 11 January 2014

1,237 mangsa gelombang kedua banjir di Pantai Timur berpindah

 
ANGGOTA polis mambantu penduduk berpindah ke pusat permindahan banjir di kampung Sungai Satan, Tanah Merah, Kelantan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Seramai 1,237 orang mangsa dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan banjir berikutan gelombang banjir kedua yang melanda di negeri-negeri di Pantai Timur iaitu di Terengganu, Pahang dan Kelantan semalam.

Di KUALA TERENGGANU, seramai 155 orang mangsa daripada 45 keluarga di daerah Kemaman dipindah sejak pagi semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga pukul 9 pagi semalam, tiga pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di daerah itu iaitu Balai JKKK Padang Kubu yang menempatkan 87 orang, Berek Kilang Padang Kubu (33 orang) dan Rumah Pegawai Sungai Mas (35 orang).

SUMBER : KOSMO ONLINE 12.1.14

No comments:

Post a Comment