PASUKAN penyelamat mengusung
seorang mangsa nahas pesawat yang ditemui selamat berhampiran kawasan Empangan
Batu, Ulu Yam semalam.
HULU SELANGOR - Bunyi dentuman
kuat akibat pesawat Cessna 172 terhempas di kawasan berhutan kira-kira tiga
kilometer dari kawasan Empangan Batu di Ulu Yam dekat sini kelmarin dapat
didengar oleh penduduk yang mendiami sekitar kawasan empangan tersebut.
Seorang saksi, Darmawan
Kamarulzaman, 33, berkata, semasa dia berada di kebun sayur pada kira-kira
pukul 5 petang, dia terkejut mendengar bunyi kuat objek besar terhempas.
Lokasi saksi mendengar bunyi
dentuman kuat dengan pesawat terhempas kira-kira empat kilometer.
"Saya rasa curiga dengan
bunyi itu sebelum terus meninggalkan kebun lalu meminta bantuan seorang rakan
membuat panggilan kecemasan kepada polis," katanya ketika ditemui di sini
semalam.
SUMBER : KOSMO ONLINE 12.1.14
No comments:
Post a Comment