BEBERAPA pekerja melakukan
kerja-kerja di tepi susunan sushi yang membentuk nombor sepuluh di sebuah pusat
beli-belah di Hong Kong semalam.
HONG KONG - Sebanyak 20,647
sushi pelbagai warna disusun bagi menghasilkan nombor sepuluh berjaya dibuat di
sebuah pusat beli-belah di sini semalam.
Sushi itu disusun oleh beberapa
pekerja kedai menjual makanan Jepun itu dengan melibatkan ruang seluas 37.16
meter persegi.
Ia dibuat bagi meraikan ulang
tahun ke-10 penubuhan kedai menjual sushi di pusat beli-belah tersebut.
Susunan itu turut mencipta
rekod Guinness World Records bagi kategori bentuk sushi paling besar yang
pernah dibuat.
Sushi merupakan makanan Jepun
berupa nasi yang diletakkan lauk, terutamanya ikan mentah di bahagian atas atau
di dalamnya.
Makanan Jepun itu kemudian
dibungkus untuk diedarkan kepada orang ramai secara percuma. - Agensi
RUJUKAN:http://www.kosmo.com.my/kosmo.
9.1.14
No comments:
Post a Comment