Oleh Mohamad Fahd Rahmat
Johor Bahru: “Sebaik tiba di
rumah, anak saya enggan masuk. Dia berbaring dekat pintu pagar lebih setengah
jam,” kata Mohd Noor Siron Abdul Kadir, 46, bapa seorang pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort di sini, yang diserang histeria,
semalam.
Anak Mohd Noor, Noryana,
17, antara 50 pelajar perempuan sekolah itu yang diserang histeria kira-kira
jam 7 pagi, menyebabkan pengurusan sekolah terpaksa menamatkan sesi
persekolahan dan mengarahkan kira-kira 1,000 pelajar pulang bagi mengelak
keadaan lebih teruk.Difahamkan, sebelum kejadian seorang guru wanita melihat
satu ‘lembaga hitam’ berhampiran satu blok sekolah.Selepas guru itu beredar
dari situ, dia terkejut apabila ternampak lebih banyak lembaga hitam di kawasan
kantin sekolah, namun dia berjaya mengawal diri dan tidak mengalami sebarang
masalah
SUMBER: HARIAN METRO ONLINE 16.1.14
No comments:
Post a Comment