Ad

Thursday, 16 January 2014

52 maut serangan bom di Iraq

GAMBAR menunjukkan salah satu lokasi serangan bom kereta di Baghdad semalam.

BAGHDAD - Satu siri serangan bom di bandar raya ini dan sebuah kampung dekat bandar Baquba, utara Iraq telah menyebabkan sekurang-kurangnya 52 orang maut semalam, kata sumber polis dan hospital.

Polis berkata, insiden paling berdarah melibatkan sebutir bom meletup di dalam sebuah khemah yang sarat dengan orang ramai pada majlis pengebumian seorang anggota militia prokerajaan.

Anggota militia itu meninggal dunia tiga hari lalu.Serangan di kampung Shatub, selatan Baquba itu menyebabkan 18 orang maut dan mencederakan 16 yang lain.Dalam pada itu, sebanyak enam bom kereta meletup di seluruh bandar raya ini semalam dengan kebanyakan serangan berlaku di daerah yang dihuni penduduk Syiah.

Menurut polis dan beberapa pegawai perubatan, seramai 34 orang terbunuh, manakala 71 lagi cedera dalam serangan itu.

Kejadian itu berlaku selepas beberapa serangan yang menyebabkan 24 orang maut kelmarin selain serangan terancang di jejambat sebuah lebuh raya dan sebuah balai polis dekat Falluja.

Keganasan di Iraq meningkat pada tahap tertinggi selepas dua tahun tentera Amerika Syarikat keluar dari negara ini.

Iraq pernah dilanda keganasan dahsyat pada pada tahun 2006 hingga 2007 yang melibatkan pertempuran antara penduduk Syiah dengan Sunnah.

Tempoh tersebut menyaksikan berpuluh-puluh ribu orang telah terbunuh. - Reuters

KOSMO ONLINE 16.1.14

No comments:

Post a Comment