NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
19 Januari 2014
Chong Wei bakal gantung raket?
Datuk Lee Chong Wei ketika menentang Tommy Sugiarto dari Indonesia pada final
kejohanan Terbuka Siri Super Malaysia 2014, di Stadium Putra Bukit Jalil. -
Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki
JAGUH badminton negara, Datuk
Lee Chong Wei mengumumkan untuk bersara pada penghujung tahun ini jika prestasi
beliau tidak berada pada tahap terbaik.
Menurut pemain nombor satu
dunia itu, faktor kepenatan dan mempunyai masalah peribadi juga antara punca
mendorong beliau untuk menamatkan
kerjaya sebagai pemain badminton tahun ini.
"Sebenarnya saya ada
banyak masalah peribadi. Selain itu, saya juga sudah berkeluarga dan sering
meninggalkan mereka dalam beberapa bulan untuk memberikan tumpuan kepada
kejohanan... jadi saya rasa sudah tiba masa untuk saya memberi perhatian kepada
mereka.
"Tetapi saya akan buat
yang terbaik pada Sukan Asia dan Sukan Komanwel sebab tahun ini banyak
kejohanan penting. Saya juga akan cuba untuk beraksi sehingga Sukan Olimpik Rio
de Janeiro 2016 di Brazil jika keadaan mengizinkan.
"Apa pun saya yakin, Liew
Daren dan Chong Wei Feng (pemain perseorangan lelaki negara) mampu menggantikan
saya, tapi mereka perlu memberikan prestasi yang terbaik pada tahun ini,"
katanya kepada pemberita selepas meraih kejuaraan kesepuluh pada Kejohanan Terbuka
Siri Super Malaysia 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil, hari ini.
Bagaimanapun menurut Chong Wei,
jika prestasi beliau masih berada dalam tahap memuaskan, beliau kemungkinan
akan memikirkan semula hasrat tersebut.
"Selepas Sukan Asia di
Incheon (19 September–4 Oktober) dan Sukan Komanwel di Scotland (23 Julai-3
Ogos) saya masih tidak tahu sama ada mahu meneruskan karier dalam badminton,
kalau kondisi saya tidak baik mungkin saya mahu bersara pada Disember.
"Sekiranya prestasi bagus
dan 'bebas daripada kecederaan', mungkin saya akan terus bermain lagi, jika
tidak, saya mahu bersara dalam karier badminton tahun ini," katanya.
SINAR HARIAN ONLINE 19.1.14
No comments:
Post a Comment