WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Januari 2014
Lee Chong Wei Lee Chong Wei
KUALA LUMPUR - Jaguh badminton
negara, Datuk Lee Chong Wei memulakan aksi pertama pada Tahun Baharu dengan
rentak kemenangan pada Kejohanan Siri Super Terbuka Korea 2014 di Gimnasium
Olimpik 2, Seoul.
Pada perlawanan pusingan awal
hari ini, perseorangan nombor satu dunia itu tidak menghadapi masalah untuk
menumpaskan wakil tuan rumah, Son Wan Ho dengan kemenangan 21-11 dan 21-18
dalam 41 minit.
Menanti beliau pada pusingan
kedua, esok ialah Marc Zwiebler dari Jerman yang mengalahkan pemain muda
Denmark, Viktor Axelsen 21-19 dan 21-16 dalam satu lagi aksi pusingan pertama.
Turut mengiringi Chong Wei
ialah beregu lelaki negara, Goh V Shem dan Lim Khim Wah yang dipaksa bekerja
keras sebelum menundukkan pasangan England, Chris Langridge dan Peter Mills
14-21, 21-17 dan 21-18 pada pertarungan hampir sejam.
Dalam pada itu, beberapa pemain
negara mempamerkan aksi mengecewakan apabila tersingkir pada pusingan
pembukaan.
Juara perseorangan lelaki
Kejohanan Sirkit Akhir Kebangsaan 2013, Chong Wei Feng kalah mengejut 18-21 dan
11-21 kepada pemain Russia, Vladimir Ivanov dalam masa 35 minit.
Turut menerima nasib yang sama
ialah dua beregu lelaki negara, Hoon Thien How/Tan Wee Kiong serta Gan Teck
Chai/Ong Soon Hock yang kalah mudah kepada lawan masing-masing.
Hoon/Tan, selaku pilihan
ketujuh, tewas mengejut 9-21 dan 13-21 kepada pasangan bukan pilihan dari
China, Kang Jun/Liu Cheng manakala Gan/Ong kalah 17-21 dan 9-21 kepada beregu
Jepun, Hiroyuki Saeki/Ryota Taohata.
Wakil tunggal negara dalam
acara perseorangan wanita, Tee Jing Yi turut tersingkir daripada kejohanan
berkenaan selepas kalah 10-21 dan 13-21 kepada pemain tuan rumah, Ko Eun Byul
yang terpaksa beraksi dalam pusingan kelayakan, semalam.
Beregu wanita negara, Amelia
Alicia Anscelly/Soong Fie Cho pula ditunjukkan jalan keluar selepas tewas 17-21
dan 14-21 kepada pasangan dari Thailand, Savitree Amitrapai/Narissapat Lam.
Persatuan Badminton Malaysia
(BAM) tidak menghantar wakil dalam acara beregu campuran pada kejohanan yang
menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$600,000 (RM1.966 juta)
itu. - Bernama
RUJUKAN:SINAR HARIAN ONLINE 8.1.14
No comments:
Post a Comment