Oleh M.RIZAL NOR
sukan@kosmo.com.my
FAUZI (kiri) bekerja keras
untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama Pahang musim ini.
PENYERANG Pahang, Mohd. Fauzi
Roslan (gambar) terus bekerja keras untuk meningkatkan prestasi dalam usahanya
menambat hati ketua jurulatih, Ronald Smith menjelang aksi pembukaan Liga
Malaysia (Liga M) 17 Januari depan.
Juara Piala Malaysia 2013 itu
akan turun pada aksi pembukaan berdepan juara Liga Super 2013, Lions XII bagi
merebut Piala Sumbangsih di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Mohd. Fauzi menyedari saingan
untuk berada dalam kesebelasan utama skuad Tok Gajah musim ini amat sengit
dengan kehadiran penyerang dari Nigeria, Dickson Nwakaeme.
“Kehadiran Nwakaeme akan
memantapkan lagi jentera serangan kami kerana kita sudah saksikan kehebatannya
ketika bersama Kelantan musim lalu.
“Sekarang ada banyak penyerang
dalam pasukan ini termasuk Matias Conti dan Mohd. Azamuddin Mohd. Akil, jadi
saya harus bekerja keras bagi menambat hati jurulatih,” katanya kepada Kosmo!
di Kuantan semalam.
Menurutnya, semua pemain
mempunyai peluang untuk beraksi sekiranya menunjukkan kesungguhan dan mengikut
arahan jurulatih ketika sesi latihan.
Pemain kelahiran Pekan itu
berkata, pasukannya belum sempurna kerana banyak kelemahan yang perlu
diperbaiki dengan segera sebelum menerima kunjungan anak-anak buah Fandi Ahmad.
“Kami telah mengadakan
perlawanan persahabatan dengan tiga kelab di Hong Kong baru-baru ini namun
nasib tidak menyebelahi kami kerana tewas 0-1 dengan Rangers FC sebelum
dibelasah 4-0 oleh Kitchee FC dan seri 1-1 ketika menentang Citizen FC,”
ujarnya.
Mohd. Fauzi memberitahu, semua
pemain perlu membaiki kelemahan masing-masing secepat mungkin.
SUMBER : KOSMO ONLINE 12.1.14
No comments:
Post a Comment