09/01/2014 11:18pm
KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak
akan mengurangkan subsidi petrol RON95 malam ini seperti yang tersebar di
internet, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad menerusi akaun Twitternya
malam ini berkata, :"Tiada penurunan subsidi 20 sen untuk RON95 malam ini
sebagaimana berita yang tersebar”.
Terdapat penyebaran berita di
internet termasuk di laman sosial yang memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak sebagai berkata Putrajaya akan menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen
berkuat kuasa malam ini.
Harga petrol RON95 dipasaran
ketika ini ialah RM2.10 seliter.
Ahmad berkata, berbanding
dengan negara-negara lain di dunia, Malaysia masih lagi mengekalkan harga
petrol bersubsidi. – Bernama
RUJUKAN:http://www.kosmo.com.my/kosmo.
10.1.14
No comments:
Post a Comment