Penyerang import JDT II,
Braulio Rodriguez cuba melakukan sepakan gunting sambil dihalang penjaga gol
DRB Hicom FC, Mohd. Azlen Ahmad Jabri pada aksi persahabatan di Stadium MPPG,
Pasir Gudang, kelmarin. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU - Pasukan Johor
Darul Ta'zim II (JDT II) melaungkan amaran awal kepada pasukan lain dalam
saingan Liga Perdana musim ini apabila membelasah KL DRB Hicom 5-0 dalam
perlawanan persahabatan di Stadium Pasir Gudang kelmarin.
Nyata keserasian yang
ditunjukkan semua pemain mampu memberi kelegaan kepada Ketua Jurulatih JDT II,
Azmi Mohamed sebelum saingan bermula tidak lama lagi.
"Pasukan kini sudah
bersedia untuk memulakan saingan dan keserasian antara pemain juga menampakkan
peningkatan yang baik.
"Saya boleh katakan persediaan
kami berada pada tahap 80 peratus pada waktu ini dengan keserasian antara
pemain khususnya di bahagian serangan amat memuaskan," katanya ditemui
selepas perlawanan tamat.
Bagaimanapun, Azmi tetap
memberi perhatian serta berusaha memperbaiki beberapa kelemahan yang ada
terutamanya di bahagian pertahanan sebelum saingan sebenar bermula.
Pada perlawanan persahabatan
itu, Mohd. Zameer Zainun memulakan pesta jaringan JDT II pada minit ke-26
sebelum empat gol berikutnya dijaringkan pada separuh masa kedua melalui Mohd.
Alif Mohd. Yusof, Mohd. Nursalam, Jose Manuel Carrasco dan Shahrudin Yakup.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140110/su_08/JDT-II-laung-amaran-awal#ixzz2q2KajZCh
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment