JOHOR BAHARU 6 Jan. - Musim
Liga Malaysia 2014 akan bermula dalam tempoh dua minggu lagi tetapi pengurus
pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Cesar Ferrando Jimenez tidak tergesa-gesa
untuk menamakan kesebelasan utamanya.
Ini kerana bekas jurulatih
Atletico Madrid dan Valencia dalam La Liga Sepanyol itu mempunyai ramai pemain
bintang, termasuk bekas pemain antarabangsa Argentina, Pablo Aimar dan Luciano
Figeuroa.
"Saya belum memutuskan
barisan kesebelasan utama. Johor merupakan pasukan yang besar dan saya bangga
dengan pemain. Kami mahu menang setiap perlawanan...tidak kira sama ada Aidil
Zafuan atau Aimar.
"Apa yang paling penting
ialah Johor dan bukan pemain. Yang paling penting Johor menang dalam setiap
perlawanan," katanya pada sidang media di sini hari ini sempena perlawanan
persahabatan menentang kelab Indonesia, Pelita Bandung Raya.
Perlawanan tersebut akan
diadakan di Stadium Larkin di sini pada pukul 8.45 malam esok.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140106/su_11/Jimenez-tidak-terburu-buru-tentukan-kesebelahan-utama-JDT#ixzz2pdI8P66s
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment